Decorative Painting & Folkart pictures can be easily viewed via this link:



Instagram: @roziatulnazirah
Www.instagram.com/roziatulnazirah


Fb page: www.facebook.com/mirraclearts

Halwa Telinga

Saturday, April 3, 2010

Harap maklum kepada semua customer

Salam..
saya banyak kali pikir nak tulis entry ni ke tidak.. tapi bila pikir2 balik.. sy terpaksa juga sbb sy sendiri tak sanggup nak tanggung seorang diri ..

sy bukan lupa diri apatah lagi bersikap 'demand'.. jauh sekali dari diri saya sikap sedekimian..

alhamdulillah dan terima kasih banyak kepada yang support saya selama ni..sy amat berterima kasih dan bersyukur atas rezeki yg melimpah ruah ni.. namun sy ada berita yg kurang enak

baru2 ni ada beberapa perubahan dari segi supplier dan juga bantuan untuk menguruskan penghantaran dan pemotongan kayu..

kalau sebelum ini, jiran bapa yg tolong secara sukarela. kami beli kayu, hantar kayu utk potong semua atas bantuan beliau..  namun kini tidak lagi.. jiran ada urusan lain dan tidak dapat membantu lagi.

jadi disebabkan perubahan tersebut bapa terpaksa upah org lori hantar ke kedai kayu utk pemotongan .. dan juga upah tukang potong..

supplier kayu dan tukang potong juga dah berubah.. sy terpaksa membeli dari supplier baru kerana supplier yg sebelum ini tidak mempunyai khidmat penghantaran..mana la muat board besar tu dlm kereta bapa. klw sebelum ni jiran yg membantu tapi kini tidak lagi.. jadi supplier yg baru ada khidmat lori. cuma kami  kene upah org lori untuk hantar ke kedai utk potong kayu.. dan juga upah org yg potong kayu.. dan sy rasa sy patut upah bapa jugak sbb membantu..

perubahan harga hanya pada kayu yg akan datang.. kayu yg sedia ada takkan ada perubahan dari segi harga... 

tapi akan datang, apabila stock kayu yg sedia ada sudah habis, sy terpaksa naikkan sedikit harga..kenaikan haruslah reasonable. yang ni saya sangat pasti.siapa yg kenal saya mesti tau sy ni org mcmna kan.. sy bukan jenis yg cekik darah.. cuma sy nak anda turut bantu saya kerana saya rasa agak sukar untuk menanggung handling cost seorg diri..

stock kayu yg masih ada dlm simpanan saya kini:
2mm - hampir kesemua size masih ada dlm simpanan tapi limited quantity.
6mm - semua masih ada kecuali 6"x 18" tinggal lagi 5 keping.. (klw tak silap ni feveret size)..

supplier yang baru takda stock kayu 2mm..yg ada hanya 3mm, 6mm dan 9mm.. jadi secara tidak langsung akan datang 2mm mmg dah tak wujud lagi..

saya mintak maaf banyak2 atas segala kesulitan.. saya harap perubahan yang mendadak ni takkan menyebabkan punca customer sy menjauhkan diri dari saya..

kalau ada apa2 feedback tolong email sy ye.. thx.. wasalam..

No comments:

Post a Comment

Photos Galery

Feel free to visit this website to view more decorative painting and folkart pictures:




Crafty Blogs

Sewing Blog

Thumb Up Blog