Decorative Painting & Folkart pictures can be easily viewed via this link:



Instagram: @roziatulnazirah
Www.instagram.com/roziatulnazirah


Fb page: www.facebook.com/mirraclearts

Halwa Telinga

Wednesday, April 29, 2015

putaran roda

Hidup ini jgn di sangka kita selalu menang. Jgn bangga dgn kebaikan yg pernah kita lakukan dan jgn mengalah atas dosa yg pernah terpalit. Sesungguhnya menyesal dgn penuh rs kerdil atas dosa lbh baik dr berbangga dgn kebaikan diri

Hidup ini x selamanya di atas. Kadangkala kita di bawah.. Sewaktu di atas sentiasa lah beringat.. Pelangi indah akan sirna jua wlw sehebat mana biasannya. Dan sewaktu di terbenam di bawah usahlah terlalu menyerah n gelisah. Awan mendung pasti berarak pergi. Dgn syarat jadi lah hambaNya yg sentiasa bersyukur n sabar

Kadangkala kebaikan bertahun di lupakan dgn dengan sekelip mata hanya di sebabkan satu keburukan.. Begitu juga betapa ramai manusia di julang hanya kerana kebaikan yg satu hingga segala keburukannya di lupai .. Itu ragam manusia. Moga kita tidak begitu. Beri peluang utk insan lain menjadi lbh baik dan jgn lpskan peluang utk menjadi insan yg lbh baik. Hidup mmg tidak pernah akan sempurna.. Krn sempurna itu pakaian Dia..

Tuesday, April 28, 2015

bunny with carrot end bookmark

Comel gila bookmark ni aku rasa. Both  utk giveaway yg aku buat kt insta utk april



yarn holder

Aku siapkan project yarn holder ni sabtu haritu. Aku mengalami masalah utk mengait kt luar.. Ms tgu boy balik kafa, dlm kete etc. So aku buat la yarn holder utk diri sendiri menggunakan laminated fabric as an outer body. Inner body aku guna linen cotton blended fabric. Overal aku suka. Senang nk biar yarn golek dlm tu tanpa perlu risau tergolek merata2 lagi dah.

Aku juga buat small slot utk gunting, crochet hook.



fabric box

Igt x aku pnh story pasal aku buat fabric box utk simpan benang2 kait yg dok merata tempat. Seriously aku suka project ni.. Aku guna laminated fabric.. Lbh kukuh n kalis air.. Ada satu tu aku guna PU fabric. Tp overall aku suka laminated lagi. Ada lg beberapa masih x siapkan.. Dh pancit.. Kena amik mood dulu




Ini pulak flashlight strap yg boy request.. Dia suka sgt dgn apa2 jenis n bentuk torchlight. Boy gantung kt leher n dia hepi sgt aku siapkan project ni

flower bookmark

Pattern instruction aku amik dr pinterest. Klw x silap dr www.ravelry.com tp aku x guna ch5,.. Aku guna magic ring instead

Aku super duper suka. Bersemangat nk membaca camni.. Jgn semangat ayam togel dah lerr huhu






interview

Alhamdulillah.. Harini dpt wasap dr as.. Dia dpt panggilan utk interview kt uitm next wed. Aku gembira utk as.. Berita ni sememangnya mengembirakan aku n dia esp.

Pelan2 aku fikir tentang diri aku.. Nk menyesal x guna. Waktu utk submit application form dh lama tamat.. Mmg klw aku menyesal sb x mintak tiada guna. Salah sendiri.. Tp dr sudut lain aku sbnrnya bersyukur jgk.. Mgkin blm lagi masa utk aku apply permanent job buat ms ni

Private? Aku xnak.. Sememangnya aku dh dpt job permanent di segi kolej waktu 2012 dulu selepas aku interview dgn vp dia.. Tp pd waktu yg sama aku dpt part time uitm.  Dan aku pilih utk part time wlw aku tau jaminan lbh baik dgn permanent job tp aku tetap pilih part time. Rezeki menyebelahi waktu interview prof Z tawarkan utk contract sedangkan waktu tu adalah interview utk part time shj. Means aku dpt offer utk fulltime job tp secara contract..

Rezeki tu ada di mana2.. Mgkin takat itu yg tertulis dan sesungguhnya aku x merungut mahupun sesal. Aku cuma rs sedih sb byk perkara yg aku nk lakukan. Mengajar tu mmg sesuatu yg aku inginkan sejak di uni lagi.. Salah satu pahala jariah yg aku ingin lakukan.inspire org lain utk menginspirasi. Aku tau aku ada bakat tu. Ms study lg aku dh mengajar tp ajar budak sekolah rendah dan menengah la..ajar anak jiran belakang n sebelah rumahm. Aku ajar math n fizik.. X sangka dr grade D budak tu dpt B. Ms tu aku dok umah sewa kt taman U. Bila sem berikutnya kitorg 1 rumah apply masuk hostel balik, budak tu sedih sb aku x lagi ajar dia.. Ms tu aku dh rs yg aku ada bakat mengajar *wink* .. Even smpi skrg aku terima fb pm student yg aku x ajar pon.. Tanya pasal subject.. Xtau mana dia kenal aku.. Ada yg kenal dr senior katanya la.. Apa pon aku gembira mengajar.. Except 1 perkara yg buat aku berat sgt nk jejak kaki kt sana.. Serius aku rs nk hlg ingatan tentang benda x best tu huhu..


.Andai satu hari nnti ada peluang... Aku nk focus mendidik tanpa lain2.. Dan semestinya la parttime tetap pilihan sb aku nk pastikan tiap jam di manfaat tanpa sbrg aktiviti luar agar lbh berkat.

Buat ms ni.  Ini pilihan aku.. Ramai yg beri feedback tak berbaloi.. Sbnya aku dr sekolah smpi di uni mmg kaki study. Aku xda social life mcm org lain sb hari2 aku adalah kelas n study.. Hmm. Xpe la.. Ini mgkin pengorbanan yg x semua mampu lakukan .. Aku korbankan stock di intel burn mcmtu je.. Aku tinggalkan gaji yg bagus di private sector.. Aku tinggalkan peluang utk mengajar secara tetap di sector gov. Semua hanya utk sebuah institusi bergelar keluarga..

Kadang2 hati berbolak balik jgk.. Supervisor master aku ada tnya haritu.. Nk offer utk aku buat phd under dia dgn bayaran  yg aku rs agak bagus.. Tp aku blm sedia utk pikul commitment tu.. Sbnya aku kenal diri aku. Aku terlalu focus klw smbung study balik. Aku bimbang aku terlalu kejar apa yg aku inginkan hingga anak n rumahtangga terabai.. phd bkn bole buat smbil lewa

Moga segalanya berbaloi.. InsyaAllah.. Aku yakin rezeki aku diperolehi melalui hubby.. Aku x risau sb aku yakin dgn Allah.. Dan pelan2 aku nampak benda tu..

Tuesday, April 21, 2015

dosa

Sememamgnya
Aku berdosa kerana melakukan dosa
Tapi
Kau juga berdosa kerana merasa tidak berdosa


Sedar atau tidak.. Itu hakikat rata2 kita. Sibuk ke hulu ke hilir menghitung dosa insan lain. Tp lupa menilai dosa sendiri.. Aku pernah berdosa. Mgkin sedang berdosa.. Kau juga begitu. Tidak terkecuali mereka yg lain.

Yg nyata, Allah Maha Pengampun.. Sibukkan diri menilik dosa sendiri hingga tiada masa mengira dosa org lain. Mana mungkin mereka yg bimbang dosa sendiri bisa menimbang dosa mereka yg lain

Muhasabah diri di mlm yg kelam.. Di temani irama tetesan mutiara langit.. Moga aku di kurniakan hati yg lirih.. Tidak bolak balik angkara duniawi. Biar hari esk sentiasa lbh baik dr yg sblm2nya. Kerana apa yg ptg bukan hari smlm.. Tp hari ini.. Yg menjanjikan hari esk yg lebih baik.



Btw aku skrg sedang siapkan beberapa fabric box utk organize yarn yg dh terlalu semak mata memandang.. Bebila aku share k. Aku dh share kt isatagram tp aku x upload lg dkt picasa utk upload kt sini. Haih.. Xbes betol feature blogspot skrg ni.. Apa pon aku bersyukur krn mampu menulia. Mgkin satu masa nnti aku hanya update kata2 tanpa visual di sini. Xda la redundant kan.. Blog kata2 madah pujangga, fb page gmbr2 details yg aku x share kt ig sb ig sekali upload 1 pic je. Summarize apa yg ada. Kang spam newsfeed org lain plak kan. Tp hanya dinig aku share my homemade creation.. Sb aku nk tiap media ada keunikan n sebab tersendiri kenapa perlu ada.. Aku tiada lagi wechat mahupun line.. Yg ada hanya wasap yg jarang sekali aku buka..

Ok la.. Aku nk smbung membaca. Sblm tu ts aku siapkan giveaway gift yg tertangguh.. Nk join? Hanya kt instagram k. Every month aku buat GA (giveaway)..

Sunday, April 19, 2015

mati

Fuhh.. Tajuk mmg nak cari gaduh.. Xda apa la.. Cuma terkadang kita selalu termenung bila bersendirian n berjanji dlm hati utk tidak menjadi diri kita yg lalu. Secara x langsung sbnrnya kita telah bunuh diri kita yg lalu dan kini hidup dgn roh yg baru atas jasad yg sama. Xfhm? Abaikan

Aku buat ni kt boy. Tutorial dr blog www.littleyarnfriends.com ..klw tengok bebetol comel sgttt

Crochet bunny bookmark. Nyampah tgk mata sepet dia. I'm making more sb ada org order. 


Ni pon aku buat guna free pattern dr www.littleyarnfriends.com


Testing.. Aku bljr knitting skrg ni. Yeay!!!

Aku buat buat bekas letak yarn guna balang plastic kueh raya. Hubby tlg tebuk lubang kt penutup. Aku xda latest pic nk share kt sini. Ampun..

Dab pon siap.. 1 yarn ball bole hasilkan byk ni je.. Ok la utk first trial. 2 hari aku amik ms siapkan



K la.. Itu je nak share kt sini.. Maleh nau nk hapdet blog. Rs cam biar usang bersawang je.. Huhu.. Mebi 1 day aku dh x menulis kt sini. Aku akan update craft progress aku kt instagram je kot pasni.. Senang, cepat n ringkas. Byk yg aku ter-miss nk update sini skrg ni.. K la.. Serius aku sgt penat buat spring cleaning sejak smlm smpi rs nk tercabut urat pinggang.. Nite!!!



Sunday, April 12, 2015

mengemis kasih


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


- the zikr

Aku dgr lagu nasyid ni sejak tingkatan dua lg.. Hari2 aku dgr the whole kaset sblm tido smpi amu terlena. Dan skrg aku dgr lagi dan lagi. Dan tiap kali tu juga hati aku menangis pedih.. Bertapa hatiku selama ini kaku mati. Sekeras kelikir hingga tak terasa dosa yg pelan2 memuncak bagaikan gunung. Moga Allah ampuni aku.. 

Terapi diri
Buat santapan rohani
Yg selama ini
Terkaku mati terbungkam sepi
Dek indahnya duniawi
Hingga menutupi 
Mata dan hati
Mata buta memerhati
Hati lesu merasai
Asyik di buai nyamannya mimpi
Hakikatnya tidak realiti

#irrarandomthought









Saturday, April 11, 2015

mutiara langit

Hi blog.. Wlw baru je beberapa hari tinggalkan kau tp byk benda yg aku nk update.. Byk benda aku nk cerita. Tp aku x mampu  cerita semua dgn henfon. Hmm.. Sb skrg ni aku kt kg. Hubby. So lappy mmg x bawak. Aku bawak ipad je yg mana aku rs lg x bes nk update kikiki

Smlm hujan lebat kronik. Pokok jiran sebelah tumbang. Tp pokok tu kecik je pon. Tinggi tp batang halus. Aku ms tu baru balik dr klinik cabut gigi susu boy. Ms nk klr kete ntah kenapa teringat nk jengok kucing jiran sebelah. Maklum la kepochi masih kekal dlm diri huhu. Sbnrnya sblm p klinik tu kitorg (aku n jiran la) dok sembang pasal kucing tu dh bersalin tengahri tadi. Ada 4 ekor anak. So ms hujan lebat tu aku dok terfikir pasal kucing tu je. Aku mmg x suka bela kucing sb aku x tahan bau dia. Aku geli nk cuci najis dia n aku x suka bulu kucing. Tp utk aku biar kucing tu kesejukan tgh hujan mmg xkan aku lakukan. Aku jengok n tgk.bumbung dia dh terbalik. Habis basah kuyup. Dia mengiau ms nampak aku. Anak2 dia selamat dia cover bawah dia tp smpi bila? Aku ajak boy masuk umah. Cari plastic terbesar yg ada (plastic dobi comforter dulu sblm aku beli mesin basuh yg beso kitorg htr dobi semua comforter). Aku balut kotak yg aku amik ms operasi derma pakaian utk mangsa banjir kt pantai timur tu. Nasib ada lagi n nasib kotak tu besar. Aku selotep semua dgn kadar sepantas mungkin. Aku p kt sangkar kucing tu n aku letak atas sangkar kekonon ganti bumbung yg terbalik. Aku amik buku hardcover yg lama n berat n letak atas bumbung tu spya x terbang di tiup angin

Cerita x abis kt situ. Aku masuk umah aku rs x tenang. Aku teringat ibu kucing n anak2 dia yg kesejukan. Dh la baru bersalin. Serta merta aku teringt keadaan aku ms baru lepas bersalinkan boy. Sgt x selesa bila kaki mencecah air kecuali air dr water heater. So aku call kawan aku yg terer pasal kucing. Dia mtk aku amik apa2 kotak. N amik kain angkat sb aku takut nk angkat. Aku pon bukak laci dlm store jmpa towel n selimut ms boy baby dulu. Aku amik towel alas kotak. Aku amik selimut n angkat kucing2, wlw takut giler kot ms tu. Aku takut mak dia cakar or gigit. Aku doa je la ms tu. Boy tlg payungkan aku. Nasib ada boy. X mampu nk buat sesorg. Hubby x balik keje lagi time tu. 7pm waktu tu.

Setelah kucing2 tu selamat di pindahkan aku letak kt garaj aku bawah bumbung. Aku panggil anak jiran sebelah suh dia amik kucing2 tu. Alhamdulillah semua dh selesai. Diorg bawak masuk kucing tu dlm umah n aku rs lega n terus masuk umah naik atas n mandi sb basah kena hujan

Byk yg aku bljr waktu tu..di bawah titisan mutiara langit

Ok..itu je nk story buat ms ni.. Jom scroll down tgk work by mirracle arts plak

Ini project yg plg terbaru. Crochet bookmark. Betapa aku suka sgt bookmark sb lately aku lukis byk bookmark tp aku x sempat nk snap gmbo. So smlm aku tetibe rs nk buat bookmark crochet. Dpt beberapa smbutan kt instagram yg mtk aku jual..hmm.. Aku mmg nak tp aku ada masalah utk repeat benda yg sama tiap kali. Aku jemu n sebenarnya terlalu byk project dlm otak aku ni. Satu2 tgu queue. Aku skrg ni tgh bljr knitting. Peralatan aku dh order semalam. Mgu depan kot smpi


Benda comel ni aku buat kt boy guna free pattern dr triflesntreasures.com. terlalu comel ra nk makan je. Boy terlalu suka main dgn 2 ekor bunny ni


Hanya sebesar bole muat keseluruhan atas tapak tangan


Cozy cup warmer aku saje buat lebih. Aku buat utk hubby sb dia suka minum air panas. Hubby pilih green kaler. Hubby bawak p opis benda ni :)


Bobbin spool pin cushion aku guna free pattern dr ravelry.com. simple n cepat je. Cuma masalahnya aku x jmpa ring utk letak kt tapak dia bg stable. Haihhb kenapa la kt mesia xda kedai craft cam kt obesi? Hubby kata mebi dia ada biz trip ke US this year. Kejap je la. Few weeks je. Aku hrp jatuh time cuti sekolah. Bole la aku n boy ikut. Aku nk p kedai craft dia. Allah.. Makbulkan la. Ameen3... Teringat 8 thn yg lalu ms aku p Folsom selama 6 bulan atas urusan keje. Best giler shopping kt sana.. Harap kali ni peluang masih ada.  Aku berharap sgt ni


Baymax smaller version dr yg haritu. Sgt adorable ok. Dan dh sold out. Boy nak sgt benda ni. Selalu mcmtu. Apa2 aku buat semua dia nak


Posing sakan hihi... Aku amik gmbr ni kt kawasan kafa ms tunggu boy balik. 



Sunday, April 5, 2015

terjaga

Waktu ni sepatutnya aku dh lelapkan mata. X pon sedang usaha utk lelapkan mata. Tp mlm ni aku gagal. Ada sesuatu bermain di fikiran x henti. Ada satu arus electric mengalir dlm hati aku. Yg x besnya aku tgh type guna fon.urghhhh.. Xsuke3.. Asek kena betolkan salah je. Jari menggemuk kot huhu

Td aku dh baring. Menghadap hubby yg lena kerana keletihan sejak dr td menjadi driver ke sana ke mari. Sejak semalam sebetolnya.. Aku tenung wajah itu dlm kesuraman malam. Tanpa berbingkaikan spek yg senget segalanya kelihatan samar. Tp sesuatu yg tepat n nyata adalah rs yg ada dlm hati aku. Aku rs mcm baru bangkit dr mimpi yg amat pjg.. Aku bernafas kembali ke alam nyata. Kali ini benar2 nyata.

Aku janji ya Allah.. Bahawa lelaki di hadapan aku ini akan aku cintai spjg hidupku.. Akan aku serah sepenuh hatiku pdnya. Moga cinta ini mekar namun x melebihi cintaku pdMu juga kekasihMu.

Aku genggam jari itu erat.. Suatu ketika yg lalu aku pnh bertekad n janji dlm hati aku bahawa hati aku hanya utk lelaki ini.. Dan kini sekali lagi aku berjanji. Klw bole hari2, aku nak berjanji agar aku sentiasa igtkan diri aku utk menghargai apa yg ada di hadapanku. Baca penulisan ustaz pahrol benar2 buat aku insafi diri. Muhasabah diri.. Umur pn semakin hari semakin meningkat.. Aku ingin ke syurgaMu wlw aku tahu maharnya bukan murah.. Amat mahal sekali. Di renung kembali dosa2 yg ada serasa amat tidak layak.. Amat!!!,Moga Kau tidak bolak balik kan hati aku.. Moga Kau redha segenap cinta yg ada.. Aku x sanggup kehilangan dia. Biar hlg yg lain tp tidak lelaki ini.. Juga zuriat lelaki ini.. Juga mama n abah..

Andai aku bangkit tahajjud di dingin hari.. Aku ingin kesejahteraan n kebaikan dr ibadah itu lelaki ini yg perolehi..

Aku x mampi jadi yg terbaik tp aku ingin jd yg terpaling ikhlas.. Ameen ya Allah

Ameen

Biar yg berlalu di sapa angin yg menghembus. Kesan nya tiada wlw rasanya pernah di rasai sebentar.. Kerana tiada cinta sesama insan seindah cinta dua merpati yg halal :)

Memalam ni feeling plak. Mebi sb siang td aku merajuk dgn hubby. Mlm plak boy merajuk.. Tp satu yg pasti.. Hubby sgt sabar. Aku xkn ketemu sebaiknya di mana2.. X pernah lagi dan x mahu lagi






Thursday, April 2, 2015

something to ponder

Harini update guna fon. Tetibe rs nk type sependek mungkin. Belum Belum pape dh typo 😒😒

Dlm sehari aku akan peruntukkan masa utk membaca walau sebentar..bukan apa..cuma sebagai terapi buat diri.. Makanan buat hati.. Ada byk yg perlu di perbetulkan.. Ada bergunung yg perlu di pelajari.. Ada byk buku tgu queue utk aku baca tp aku xnk bc cepat2 semata2 utk habiskan n hlgkan rs bersalah beli buku tp x baca. Pd aku biar lambat ..biar sedikit ilmu yg aku peroleh tp inputnya besar n ckup beri impak dlm hati n manfaat dlm hidup aku sehari2..

Dan buku plg aku suka adalah karya ustaz pahrol mohd juoi. X sangka aku minat penulisan dia sejak dr bangku sekolah. Waktu tu aku minati lirik2 nasyid yg dia nukil. Mmg smpi skrg aku igt tiap bait kata dlm nasyid tu. Nnti bebila aku share k. Aku malas nk type or google lirik tu kt fon.. Bila aku on lappy la. Dan bila aku igt.. Dan bila aku post something yg related la

Smlm adalah hari bookmark. In total aku buat 7 keping boomark. Ada yg aku buat utk aku guna.. Ada yg utk aku beri pd org. Saje aku suka beri pd org. Memberi tu kan sedekah jugak. Dan aku harap la di gunakan utk bc bahan ilmiah yg
bermanfaat

Eh.. Kata xnk pjg tp terpanjang la plak hihi

Bebila aku post lg bookmark tu with quote. Aku suka camtu. Biar gmbr menukil kata. Biar kata2 menyingkap rasa



Wednesday, April 1, 2015

amigurumi

beberapa hari ni aku siapkan project crochet hingga project lain tergendala huhu.. aku start terfikir nak buat baymax ni dh lama tapi lelama lupa camtu je..tapi baru2 ni hubby pasang citer big hero 6 kt dlm keta .. so boy suka sgt..aku terfikir nak buat baymax hat..tapi rasanya cuaca kat mesia yg sgttt la spt korea ni tak sesuai pakai hat.. jadi aku tukar fikiran nak buat baymax amigurumi instead

mcm biasa la aku takda idea nk buat mcmna..so aku google la pattern. aku jumpa blog www.amigurumisfanclub.blogspot.com .. dia share pattern baymax in 2 version. spanish n english.. instruction lengkap.. nampak senang..ye mmg tak susah pn..cuma masa part nak cantum tu sungguh la hazabedah...

sebelum buat baymax ni aku siapkan bunny tu dulu.. free pattern dekat www.allaboutami.com. aku siapkan dlm 3/4 waktu dlm kereta otw pegi n ms tunggu boy abes swimming class dia ahad haritu.. masa otw balik aku crochet kejap je pastu terus terlelap.. aku n boy tertido dlm keta tinggal la hubby sesorg bawak keta hhihihihi..

btw kelmarin aku goreng ayam..kekonon nak buat ayam kepsi..sekali terpercik minyak habis lengan aku.. ni fes time aku kena percikan minyak yg begitu banyak.. aku nangis kat situ jugak..hubby terkejut n dtg tgk.. aku suruh dia amik ubat gigi..sb setau aku selama ni aku buh ubat gigi mmg cepat baik n x tinggal kan sebarang parut..tp kali ni sgt byk lecuran tu.. aku terus naik bilik hlg mood nak makan..hubby tanya sakit lagi ke? aku cakap tak sakit dh tapi nnti tgn ada parut :( .. so smpi hari ni mood aku tak berapa best sbb nya aku risau gila tinggalkan parut2..hari2 aku sapu aloevera gel dgn harapan parut tu akan pudar perlahan2..  ini mempercepatkan hasrat aku nak beli airfyer.. serius aku dh taknak goreng2 deep fry dh.. serik!!!! lgpn tak bagus utk kesihatan.. aku mmg jarang sgt buat masakan guna minyak byk pn..tapi haritu nk buat ayam goreng crispy sb kerangka yg aku simpan ms aku guna ayam daging utk masakan sebelum nya ada byk dlm simpanan aku.. so aku rasa buat ayam goreng kepsi mcm best la kan.. pasni simpan kerangka ayam buat sup je..tak pun buat stock ayam je..





Photos Galery

Feel free to visit this website to view more decorative painting and folkart pictures:




Crafty Blogs

Sewing Blog

Thumb Up Blog