sebelum saya ada blog, banyak barang2 yang telah di'decoupage'kan.. saya bukan seorang yang perasan bagus.. tapi saya suka tengok hasil kerja. kalau tak menjadi, saya akan cuba dan cuba lagi sampai jadik...
kat sini saya nak share hasil decoupage yang saya buat setakat harini ini.. malam tadi ada buat jugak tapi tak sempat nak snap gambar.
*** harap maklum. semua gambar2 ni diupload dari handphone. jadi kualiti dia agak tak berapa menyenangkan.. maaf ye..
penimbang ni sangat2 buruk. malangnya bila dah siap tampal2 semua baru ingat yang gambar asal tak amik lagi..
3 sekawan. tapi lagi dua tu tak sempurna lagi..tak jumpa gabus yang bole fit dengan kepala botol. ada cadangan tak mana nak beli gabus? pelik betul, pi mana2 pun orang cakap tak jual..hmmm..
ni bekas kuih raya yang dapat masa beli kuih raya. kalau tak silap bekas ni ada di jual kat mana2 pasaraya. penutup asal kaler merah dan sungguh tak comey..
lighting yang sangat teruk.. ni bekas Tang.. saja2 buat untuk abah. abah sukaaa sangat. dia kata dia pun nak buat decoupage.. heheheh..
saya buat untuk letak keychain. saya ni penggemar pada koleksi keychain. selalunya kalau orang tanya nak pesan apa? saya akan cakap, key-chain cukup la.. klw perhatikan betul2 bahagian kira background bunga yang tengah2 tu macam ada defect. sebenarnya disebabkan teknik crackle yang tak jadi. rupanya2 crackle medium jo sonja tu teknik rekahan porcelain.
lepas letak keychain mcm crowded la pulak..tapi honestly klw tengok secara live, tak la seteruk mana.. huhu..
gift plaque for new comer :)
door knob for MIL
door knob untuk diri sendiri
gift plaque untuk
kak iren yang baik hati :)
wall plaque dedicated for my hubby :)
1st crackle effect yang menjadik..
crackle bila dh letak bunga.. (nak perabih bunga yg left over masa buat bekas kuih raya)
gift for my parents, MIL, sisters and myself :)
sekian dulu.. enjoy ur visit !!!